Tuesday, July 19, 2011

berani kerana benar

Entry kali nie aku nak buat ceerita sikit pasal kat atas tuh. Sebabnya, tadi waktu AGAMA semua orang kena present tajuk yang di beri spontan by USTAZ HAFIZAN. Bergetar jugak aku nak cakap ape.

Aku GOOGLE2 terjumap quotes nie. Macam meanrik je nak di renungkan.
Berani kerana benar, takut kerana salah
atau
Berani kerana benar, takut kerana Allah
renung2 dan fikirkan. ;)

 Berani menyatakan kebenaran Islam dan sanggup menempuh kesusahan untuk mendapat keredaan Allah.
 Sifat berani kerana benar adalah sifat yang terpuji sesuai dengan hadith Rasulullah S.A.W.

maksud : katakan lah yg benar walaupun pahit


Nie ada sedikit cerita berkaitan berani kerana BENAR
Bilal Bin Rabah dengan berani menyatakan kebenaran Islam kepada Umayyah. Umayyah sangat marah lalu Bilal Bin Rabah dikurung tanpa memberi makanan dan minuman. Bilal Bin Rabah juga diseksa dan dipaksa meninggal agama Islam namun Bilal Bin Rabah tetap dengan pendiriannya dan berani menyatakan kebenaran Islam. Bilal Bin Rabah sedikit pun tidak merasa takut kerana yakin dengan pertolongan Allah. Beliau berani kerana benar.

Sifat berani akan mendurung seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.
Sifat berani yang dituntut oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran ajaran Islam kepada sesiapa sahaja.
Sifat berani yang terkeji dan dilarang didalam Islam ialah berani dalam melakukan perkara dosa seperti berani membunuh , merompak dan sebagainya.
Sifat berani akan menambahkan keimanan kepada Allah dan mendapat keridaan dari Allah.

Entah bila aku nak jadi BERANI KERANA BENAR. Sedikit sebanyak presentation yang tetiba tuh dah buat ak tersentap dari tidur yang panjang. Susah nak perbetulkan sesuatu. Berat. Tapi tak ape lah. Slow-slow. Berbekalkan DOA, USAHA dan TAWAKAL. InsyAllah. ;)


No comments:

Post a Comment