Sunday, August 28, 2011

TRAGIS!


Hari nie puasa ke-28. Dah nak raya. Aku agak bzy dari pagi sampai ke malam. Pergi pasar, anyam ketupat, kacau dodol, masak untuk buka. Aku dengan umi dah cakap,, lepas je buka nak rest. Tapi adik umi sekeluarga nak datang singgah rumah. Plan awal Cuma nak amik daging and dorng tolong bagi kat nenek kat kampung. Tapi dah petang dorng sampai, ajak la buka sekali.

Tak kesah pun. Seronok buka ramai2. Lagi pun makanan banyak. Masa masak sup tulang tuh,, aku memag teringat kat bik maz and fmly sbb aku tawu dia anak beranak suka sangat. Lepas buka, solat ramai2 then main mercun.

Then, dorg sume dah nak gerak balik kampung. Tapi ada je lah hal yang nak di setelkan. Itulah, inilah. Then bik maz cakap kat acap, “acap, pergi tolong mama kemas kereta kejap. Dah nak balik nie”. Acap jawab, “ala mama,malas lah. Acap nak tidur lepas nie.” Aku yang ada kat situ just senyum je. Sementara tuh, aku tengah pegang si humaira baby comel. Asik menangis je. Aku tutup lah pintu sliding yang kaca tuh, on kan aircond. Konon2 nak bagi si humaira selesa. Hope dia tak menangis.

Aku sambil berdiri kat tengah ruang tamu, nak bagi humaira rasa aircond, tengok si acap kat luar macam nak cepat je masuk. Terus dia langgar pintu sliding tuh. Berderai kaca kat situ. Aku tengok si acap dah terhuyung haying nak jatuh. Dengan kaca banyak tuh, aku rasa nak redah je pergi sambut si acap. Nasib ayah dia sempat sambut dia. Directly aku terus terdengar2 suara dia cakap tadi, “nak tido lepas nie”. Berderai air mata aku. Lemah lutut aku.

Bik maz plak macam nak redah je kaca2 tuh nak pergi kat anak dia. Aku terus tarik bibik ikut jalan belakang.  Bibik sambil pangku anak dia cakap kat aku, “kak long, tadi acap kata dia nak tido kan”. Ya Allah! Siyez aku takut sangat masa tuh. Takut apa2 jadi kat dia. Dia langsung tak sedar diri. Terus ramai2papah dia, naik avanza pergi klinik.aku still pegang humaira. And sepanjang mak dia tak da, dia langsung takberhenti nangis. Sedih plak aku.

Acap dorang bawak ke klinik, tapi klinik takut nak buat, so terus bawak pergi hospital. Dia langsung tak sedar sepanjang perjalanan. Tapi sampai hospital, ntah apa dorng buat, acap da sedar. Alhamdulillah. Malam nie, dorang ramai2 tido rumah aku. Harap2 acap tak da ape2. Just pengsan sebab terkejut je. Harap2 tak da apa2 plak yang jadi malam nie.

Thnx a lot to my dearest sebab dah bnyak tenangkan aku tadi. Even jauh, dia still nak buat aku rasa selesa. Thanks yunx. 

Thursday, August 25, 2011

AKU NAUGHTY GIRL

Aku sebenar nya berminat nak cerita pasal semalam. Walaweyh! Syok abeh la. HIHIHI.  Untuk pertama kalinya aku merayap guna motor malam2. Plan awal aku petang tuh nak pergi keluarkan duit jer sebab aku memang dah kering abes! Tetiba je si AYA ajak abid dengan KANDOT buka sama2 memandangkan ktorg sume dah nak balik cuti raya.

Petang tuh pukul 5 gerak. Berempat je. Aku, aya, kandot dengan abid. Then ktorg merayap2 kejap kat summit. Tak tawu la apa function. Kandot sengal punya idea la nie. Then, ktorg gerak pergi jusco. Plan awal nak buka je then balik. Tah macam mana boleh terlama plak. Lepas buka pergi solat then tetiba dorng ajak pergi karok. Ada ke patut. HAHAHA. Tapi aku follow je.

Dorang nie la geng2 aku karok gila2 dekat 3 jam dulu masa aku broken heart. Tangkap leleh gila la aku masa tuh. Dorng pun layankan je. Aku nak menagis ke, hape ke, time tuh la aku lepaskan. Aku takkan lupa la jasa dorng sebab temankan aku release tension. Lama gila aku tak karok. Tapi semalam aku tak karok pun. Entah la. Macam taka de mood je.

Tapi, pape pun babe, i had a very enjoy time ngn korang2 sume. Sempat lagi merepit. Memang syok. Lepas nie kita pergi overnite kat pulau plak pkai motor. HIHIHI. Mengamuk la sayang aku. 























Saturday, August 20, 2011

LAST DATE BEFORE CUTI


Aku tgh countdown nie untuk balik raya ke negeri nie. Seronok babe! Lama betul tak balik sana. Baru sekai je aku balik. Pecah rekod! Lama bertahan kat sini. Satu sebab je yang buat aku bertahan kat sini. Sebab orang tersayang aku tuh. Manja sangat. Aku balik kejap hari tuh pun dia dah meroya kat sini. Adoyai! HAHHAA. Cuti raya nie, dua2 balik. Memang dua2 meroyan lah. Tapi aku maybe tak rasa la sangt sebab busy dengan raya. Dia kat Sarawak sana. Entah la. Hope okay2 je nanti ye sayang.

Nak cerita yang semalam aku date dengan MATT REW tercinta aku tuh. Last date before ktorg balik. Aku tak banyak cakap sebab kesedihan yang melanda diri. Cewah! Sambil tuh shopping sikit2. Melampau betulkan. Dari hari tuh tak habis2 shopping. Untuk family aku semua aku ada beli something kecuali untuk bngah. Maaf la dik. HAHAHA. Untuk aku sendiri pun tak ada. Aku tak da rasa semangat nak raya. Sedihhhhh...

Semalam, DIA belikan rantai untuk ktorg. Aku amik huruf A dia amik M. A for ANDREW, M for MARIA. Sayang nak pakai. Aku teman dia shopping baju untuk adik2 dia. Tapi malangnya baju untuk si baby comel tak ada. Bukan tak ada, ada je belambak. Tapi takut tak kena saiz plak. So mak dia cakap, nanti je lah beli untuk adik yang kecik.

ha! tuh M aku!


Last before ktorg balik, duduk berdua sambil makan sundae cornet McD borak2. Tak habis2 dengan borak2. Ape eak yang kitorg cakap. Aku pesan kata dia, “Sayang balik Sarawak nanti, pergi dan balik macam nie taw. Jangan berubah hati. Hney bakal busy raya nie. Kalau tak dapat msj sangat dengan by, maaf ye sayang. Nanti hney free, kita skype ye.” Dan macam2 la jawapan dia. Harap2 semua akan jadi okay lepas cuti raya nie. Aku masih fobia dan takut kalau aku di tinggalkan. Dia cakap, jangan samakan dia dengan sesiapa. I trust you sayang. Love and miss you babe. =’(((((

antara gmbar2 aku dengan dia. :)





Tuesday, August 9, 2011

KESYAHDUAN HATI


Sedar tak sedar puasa kali nie ialah puasa ke 2 aku kat penang dengan member2 TESL aku nie. Dan RAMADHAN kali ini ialah yang ke-7 bagi aku sejak aku baligh. Lama lah jugak. Masuk tahun nie, puasa ke 3 aku tak dapat dengan family aku. Sedih nya!

Ktorg borak2 pasal,kalau kat rumah, walaupun sahur makan simple, at least dapat makan makanan panas2. Tapi kat sini, sejuk je makanan tuh. Kalau nasib tak baik, kadang2 makanan tuh dah bau basi sikit2 tetap telan jugak sebab tak nak membazir. Tapi nasib la perut tak skit lepas tuh. Aku la yang selalu  buat cm tuh. Sedih sangat2. Lagi pulak hari tuh dalam pukul 3 pagi, adik aku chat. “kak, rindu nak sahur dengan kau, umi dengan ayah” waaaa... dah meleleh air mata aku.

Time buka pun time sedih je. Nasib aku ada kawan2 yang ceriakan hidup aku. Cewah! Even kawan2 aku yang non-muslim tuh pown tunggu waktu buka baru makan sama. Seronok la jugak. Riuh rendah time buka. Tapi aku nie, al maklum lah. Kalau dah dapat makanan, senyap je. Menghayati makanan smbil fikiran aku melayang kat dapur rumah.

Okay, sudah2 dengan mood touching aku tuh. Dalam kesempatan bulan yang mulia nie, tingkat2kan lah amalan kita. Cewah! Aku cakap pun nak ingat kat diri sendiri. Dan tiap2 kali RAMADHAN kita mesti akan diingatkan pasal nie. :

10 yang pertama adalah kerahmatan
10 yang pertengahan adalah kemaafan
10 yang terakhir adalah pelepasan dari azab neraka

Dah tuh, kita semua tak reti2 ke nak amik peluang yang ada. Mana lah tawukan, ini RAMADHAN yang terakhir bagi kita. Takutttttt... selamat berpuasa dan selamat beramal!

p/s : aku dah beli tiket bas balik ke N9. Tapi bas hari jumaat pagi. Skip kelas pagi tuh. HIHIHI. Tak sabar2 nak balik nie. J

Monday, August 1, 2011

MY SPECIAL ONE

 lately, aku rasa life aku seems happier, complete, aku terasa ada orang sayang aku. Even kadang2 aku sendiri pun tak sure dengan apa yang dah jadi kat aku sekarang. Macam tak caya yang aku IN LOVE! Lagi2 dengan DIA. Siapa DIA. Nama fb DIA , MATT REW. Nama sebenar, carilah sendiri.

Aku tak pernah terfikir yang aku akan fall towards him sebab jurang yang terlampau besar antara ktorg. Nak explain macam mana, aku tak reti dah. Semua macam berlaku in a slit second. Apa yang aku Nampak sampai he is so special to me,, BIARLAH RAHSIA aku. Tak perlu semua benda aku nak luah kat sini.

Aku tak nak people keep judging us. Sudah2 la cakap pasal ktorg. Orang2 tak tawu ape sebenarnye berlaku, so, shut your mouth up! Yang pastinya, my family tak ada bantahan dengan dia. Itu yang paling penting! So, i’m going to always love him! =))))

Kat bawah nie ada sikit gambar dia. Sebab ada yang cari blog aku, semata-mata nak kenal siapa DIA. Kurang asam betul. Nie blog aku, patutnya, kenal la dengan aku dulu. HIHIHI. So, tengok je lah yek.

.

.

.

.

.

.

.

.

.






HECTIC WEEKEND

Selepas 6 minggu tak balik rumah. Akhirnya... aku balik jugak ke kampung halaman aku. HIHIHI. Tapi, hujung minggu aku kt rumah. Very2 hectic! Ape je eak yang aku dah buat sepanjang weekend....

Urrrrmmmmm.....

Journey aku dari butterworth ke seremban start pukul 3.30 petang dan aku sampai seremban dalam pukul 11 malam lah jugak. Woooo...penatttt. then ingat terus balik, tapi singgah rumah BABA kejap sebab dah lama tak jumpa dia. Sampai je rumah, macam biasa aku akan terjah dapur and makan masakan umi tercinta. Sambil2  tu, aku borak dengan umi pasal si DIA yang aku sayang.

gmbar b4 aku balik. kat kdai baju btwrth. :)

Esok paginya, pukul 6 umi dah kejut, “kak, bangun solat”. Rindu seyh! Dah lama tak dengar suara umi. Tapi, pukul 7 baru bangun. Subuh gajah bhai! Malu la plak. -___- pagi2 tu jugak umi dah grab phone aku and bukak picture. Ape lagi, nak buat spot check la tuh. HAHAHA. Umi tengok gambar2 DIA. Ape yang umi komen, biar la aku je tawu. Then, aku pergi tengok ayah jual daging. Yelah, kan nak puasa. Seronok lah pulak tengok ayah. Nak tolong, tapi tak reti. So, tolong sikit2 je. HIHIHI

ayah yang tgh gigih buat keje. HIHIHI

kepala lembu. eeeee...

bau lembu..


Lepas tuh, balik rumah, makan sarapan. Aku yang masak. Nasi lemak je pun. HEHEHE. Lepas tuh, aku siap2 pergi seremban. Nak pos moto ke PENANG. Aku drive bwk umi dengan dik na, bngah bawak moto ke seremban. Tapi malangnya, OTW ke sana, hujan lebat gila.seriously lebat. Aku yang drive vision pun jadi limited sangat. Focus aku pulak makin kurang sebab fikir pasal hujan yang menggila tuh dengan, my bro! Kesiannye kat dia. Sedih pulak aku bila ingat kat dia. Confirm2 kuyup satu badan. Boleh plak aku menagis kejap. Lagi la vision aku limited. HAHAHA. At last, semua sampai la jugak kat seremaban, tapi bngah memang kuyup lah. Kesiannye....

kesiannye bngh. :'(


Then balik rumah, aku tolong umi masak daging masam asam pedas. Wooooo...sedap seyh! Dah siap masak, aku ngan umi flat off depan TV. Kepenatan. HIHIHI. Petang tuh, dalam pukul 6, ayah ajak pergi Melaka. Aku menjadi driver sepanjang perjalanan pergi and balik. Pergi no hal bro! Balik rumah dalam pukul 12.30 pagi still on road. Aku dah la penat + mengantok gila tahap dewa. Dengan sejuk aircond dalam kereta + lagu yang slow + aku penat memamg tahap mengantok aku paling tinggi. Aku terbayang keadaan aku macam MR BEAN dlm cite MR BEAN HOLIDAY part yang dia mengantuk time drive tuh. Serious aku macam tuh. HAHAHA. Aku drive malam tuh 100-120km/j. Memang superb la.! Da la ngantok drive laju. Satu benda je aku fikir. “NAK SAMPAI CEPAT”. Tapi alhmdulliah selamat la sampai rumah dalam pukul 1.30 pagi. J

Then, AHAD, aku rest kat rumah, tolong umi masak rendang untuk aku bawak balik penang, tolong set up lappy bngh kemas2 barang aku. Pukul 12.30 bas aku bertolak ke penang and aku sampai dalam pukul 7.30 petang. Nie la dia aktiviti yang aku buat sepanjang hujung minggu. Ada cerita yang aku cut sebab malas nak berleter banyak2. HIHIHI.