Tuesday, August 9, 2011

KESYAHDUAN HATI


Sedar tak sedar puasa kali nie ialah puasa ke 2 aku kat penang dengan member2 TESL aku nie. Dan RAMADHAN kali ini ialah yang ke-7 bagi aku sejak aku baligh. Lama lah jugak. Masuk tahun nie, puasa ke 3 aku tak dapat dengan family aku. Sedih nya!

Ktorg borak2 pasal,kalau kat rumah, walaupun sahur makan simple, at least dapat makan makanan panas2. Tapi kat sini, sejuk je makanan tuh. Kalau nasib tak baik, kadang2 makanan tuh dah bau basi sikit2 tetap telan jugak sebab tak nak membazir. Tapi nasib la perut tak skit lepas tuh. Aku la yang selalu  buat cm tuh. Sedih sangat2. Lagi pulak hari tuh dalam pukul 3 pagi, adik aku chat. “kak, rindu nak sahur dengan kau, umi dengan ayah” waaaa... dah meleleh air mata aku.

Time buka pun time sedih je. Nasib aku ada kawan2 yang ceriakan hidup aku. Cewah! Even kawan2 aku yang non-muslim tuh pown tunggu waktu buka baru makan sama. Seronok la jugak. Riuh rendah time buka. Tapi aku nie, al maklum lah. Kalau dah dapat makanan, senyap je. Menghayati makanan smbil fikiran aku melayang kat dapur rumah.

Okay, sudah2 dengan mood touching aku tuh. Dalam kesempatan bulan yang mulia nie, tingkat2kan lah amalan kita. Cewah! Aku cakap pun nak ingat kat diri sendiri. Dan tiap2 kali RAMADHAN kita mesti akan diingatkan pasal nie. :

10 yang pertama adalah kerahmatan
10 yang pertengahan adalah kemaafan
10 yang terakhir adalah pelepasan dari azab neraka

Dah tuh, kita semua tak reti2 ke nak amik peluang yang ada. Mana lah tawukan, ini RAMADHAN yang terakhir bagi kita. Takutttttt... selamat berpuasa dan selamat beramal!

p/s : aku dah beli tiket bas balik ke N9. Tapi bas hari jumaat pagi. Skip kelas pagi tuh. HIHIHI. Tak sabar2 nak balik nie. J

No comments:

Post a Comment